PERISTIWA



Followers

Monday 31 March 2014

Assalamualaiku w.b.t.
Pada 23 Mac 2104 hingga 25 Mac 2014 telanh berlangsung program selamat 3 hari 2 malam bersama guru-guru Sekolah Agama Daerah Muar. Program Peningkatan Kendiri telah dijalankan di Ulu Tiram Johor. Kursus yang dihadiri seramai 33 orang guru bersama 5orang kakitangan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Muar menunjukkan sambutan yang positif. Kursus ini bertujuan untuk membina jati diri dan semangat kepimpinan dalam diri para guru di samping melahirkan pendidik yang berjaya demi masa depan pelajar dan anak bangsa. Sekalung penghargaan dikalungkan kepada fasilitator dan trainer yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah kepada para guru!











                                   
                                        



                                     
                                                       
                                           

Sunday 16 March 2014

Misi & Visi

MISI

" Menyediakan dan mengurus pendidikan islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus "

VISI 
Mencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh  status kemuliaan islam.
Melahirkan anak-anak didik yang celik agama, berilmu beriman, beramal, berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang bertahap dan berkesan.
Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi, berkelayakan, berkemahiran, berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa jua cabaran dan hambatan.
Menyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi memenugi hasrat setiap peringkat masyarakat diseluruh negeri Johor
 
Assalamualaikum w.b.t 
Pada 7 Mac 2014 telah berlangsung acara majlis Maulidur Rasul bersama guru-guru KAFA Sekolah Agama di daerah Muar. Bersama dengan penceramah jemputan daripada Segamat iaitu Al-Fadhil Tuan Hj Sulaiman Bin Maidin. Seribu penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan bagi menyampaikan ceramah bersempana Maulidur Rasul  “ Pesanan Rasullullah menjelang kewafatan nya"